Sunday, January 08, 2006

moza vs uiam


KUALA LUMPUR, 7 Januari - Kes bersejarah di Malaysia membabitkan aktivis mahasiswa yang telah mencabar universitinya di mahkamah berkenaan peraturan pilihanraya, telah berhadapan situasi menghampakan apabila ditangguhkan pada 24 Februari 2005.Kira-kira 100 mahasiswa, NGO dan wakil media berkumpul di Mahkamah Tinggi pagi semalam sebagai menyatakan sokongan kepada Mozahiri Shamsudin, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan Plaintif bagi kes bersejarah ini. Jabatan Peguam Negara lewat bertindakMahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menangguhkan perbiacaraan rentetan daripada kegagalan Jabatan Peguam Negara menyerahkan hujahan bertulis yang sepatutnya diserahkan selewatnya 31 Disember tahun lalu. Wakil PEguam Negara, Suzana Atan bagaimanapun menyerahkan hujahan bertulis tersebut semalam iaitu pada hari perbicaraan. Tempoh tersebut sudah pun seminggu lewat melebihi tarikh akhir 31 Disember 2005."Pihak Jabatan Peguam Negara hanya menyerahkan hujahan bertulis dan bantahan pada vkami pagi tadi," kata Hanipa Maidin, Peguam Mozahiri mempertikaikan tindakan tidak profesional Jabatan Peguam Negara.Hakim tegus Jabatan Peguam NegaraPada ketika ini, Hakim Mahkamah Tinggi Wan Afrah Wan Ibrahim mengingatkan Suzana bahawa pihak Peguam Negara sepatutnya memfailkan hujahan bertulis mereka lebih awal agar pihak hakim dapat bersedia dengan kes tersebut.Bagaimanapun, Suzana berhujah dengan mengatakan tidak ada undang-undang menetapkan beliau untuk bertindak demikian. Dan menegaskan bahawa asas-asas bantahannya ke atas saman pihak Mozahiri adalah sama dengan asas-asas oleh pihak peguam UIAM.
Hanipa bagaimanapun menyatakan bahawa hujahan bertulis pihak peguam UIA sepatutnya hanya menjadi dokumen sokongan kepada hujahan bertulis Jabatan Peguam Negara. Pada September yang lalu, mahakamah telah membenarkan permohonan UIA untuk permohonan ex-parte.Setelah mendengar perhujahan dari kedua-dua pihak, Wan Afrah menangguhkan perbicaraan bagi membenarkan Hanipa dan rakan-rakan peguamnya masa mencukupi untuk meneliti bantahan Peguam Negara terhadap saman Mozahiri. Beliau menetapkan tarikh 24 Februari 2005.
Hanipa telah dibantu oleh peguam Mohd Fadzli Mohd Ramli dan peguam Abdullah Abdul Karim, manakala UIA diwakili oleh S Nantha Balan dan Norliza Rasool Khan. Pihak Peguam Negara pada perbicaraan yang lalu telah menyatakan kapada mahkamah cadangan mereka untuk membantah permohonan Mozahiri untuk semakan kehamikman (judicial review) terhadap peraturan pilihanraya UIA di atas asas bahawa peraturan yang dibuat oleh universiti adalah tidak boleh disemak oleh mahkamah (non-justiciable).