Sunday, September 17, 2006

To Pa jumpa Presiden Gamis


Keberkatan hari jumaat. Mungkin itulah yang terjadi bila mana berlansungnya pertemuan pertama Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Tarmizi Mohd Din dengan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Mustafa Mohamad. Pertemuan buat pertama kali yang menemukan Presiden Gamis yang baru dilantik kira-kira 1 bulan yang lepas dengan Dato’ Mustapa Mohamad yang juga baru dilantik menerajui KPT berlaku di Masjid Negara Wilayah Persekutuan selepas habis menunaikan solat jumaat.
Pertemuan mesra ini berlangsung selama 15 minit dengan Presiden Gamis menbangkitkan beberapa perkara berkaitan isu pilihanraya kampus seperti isu pengundian secara elektronik (e-voting), isu ugutan dalam pilihanraya kampus dan lain-lain.Pada peringkat awalnya, Mustapha Muhamad kelihatan terkejut bilamana mendengar perkara-perkara yang diutarakan oleh Ahmad Tarmizi kepada beliau namun beliau mendengar dengan baik dan berjanji untuk menyiasatnya.
Terbukti dari pertemuan ini bahawa, mahasiswa mampu untuk bersemuka secara lansung dan bebicara dengan baik dengan pihak menteri.Namun, sebelum-sebelum ini bilamana setiap kali, mahsiswa mendesak untuk menemui pihak menteri, permintaan mahasiswa tidak dilayan dengan baik.Diharapkan pihak KPT selepas ini tidak takut untuk membenarkan mahasiwa berjumpa secara rasmi dengan Menteri KPT memandangkan sudah terbukti bahawa pihak mahasiswa bukannya golongan yang radikal yang hanya tahu berdemostrasi sahaja tanpa mampu untuk berbincang dan berdialog secara baik.