Saturday, September 03, 2005

GOMBAK, 2 September - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedang bertungkus lumus bersiap bagi menghadapi AGM yang bakal diadakan pada pertengahan September akan datang. MPPUIA merupakan satu-satunya MPP yang terbubar kabinet selepas diadakan AGM berbanding kampus lain yang melalui notis pilihanraya.Hampir setahun yang lalu, ramai yang telah mendakwa bahawa MPPUIA tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana didakwa melawan arus disebabkan imej 'pembangkang'. Namun, sehingga hari ini, MPPUIA adalah yang menonjol samada di persada nasional melalui dada-dada akhbar mahupun pada jiwa marhain UIA. Krew KN sewaktu meninjau pejabat MPPUIA terletak di tingkat 3 bangunan 'Student Activity Centre' melihat kebanyakan exco sedang sibuk menyiapkan laporan, kemaskini segala dokumen dan beberapa kelompok yang sedang berbincang mungkin memikirkan tindakan-tindakan akhir menjelang AGM.
19 September Tarikh AGM
Mengikut sumber terdekat daripada pegawai HEP UIA sendiri memaklumkan bahawa AGM MPPUIA bakal diadakan pada 19 September.Malah tambah beliau, kemungkinan beberapa isu hangat bakal dibahaskan iaitu kekuarangan program MPPUIA berbanding sesi-sesi yang lalu iaitu sewaktu zaman Muhtar Suhaili, Wan NAzrul Helmy, Fadzly Ramly, Ahmad Fadzli Yusof dan lain-lain.
"MPPUIA tak banyak program?"
Namun, rata-rata siswa-siswi menyatakan rasa puas hati mereka dengan prestasi MPPUIA di bawah kepimpinan Sdr. Zarifi Daud kerana walaupun menghadapi 1001 rintangan dan karenah birokrasi, namun MPPUIA tetap mengharunginya dengan tabah dan berjaya menampilkan alternatif-alternatif yang menunjukkan keprihatinan MPPUIA terhadap kebajikan pelajar di samping tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada warga Malaysia.Amir yang merupakan salah seorang teman rapat kepada Sdr. Zarifi berkata, "Zarifi sering menghadapi tekanan dalam melaksanakan tugasnya. Tetapi dia pernah berkata kepada saya, walau apa jua keadaan dia akan tetap mengutamakan lebih 5 ribu siswa-siswi yang memberi kepercayaan kepadanya dengan mengundi beliau daripada beberapa kerat 'manusia' yang berkepentingan.
UIAM diibaratkan bagai kubu terakhir kepada survival perjuangan mahasiswa setelah kesemua IPTA yang dominan seperti UKM, UPM, USM, UTM dan yang paling akhir UM jatuh di bawah cengkaman Rejim Aspirasi.Semoga MPPUIA akan terus diterajui oleh kumpulan yang amanah dengan tanggungjawab mereka, berpegang teguh kepada prinsip perjuagan dan tidak mudah rebah digugat cabaran. Semoga WUFI akan terus memimpin UIA.