To Pa jumpa Presiden Gamis
Keberkatan hari jumaat. Mungkin itulah yang terjadi bila mana berlansungnya pertemuan pertama Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Tarmizi Mohd Din dengan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Mustafa Mohamad. Pertemuan buat pertama kali yang menemukan Presiden Gamis yang baru dilantik kira-kira 1 bulan yang lepas dengan Dato’ Mustapa Mohamad yang juga baru dilantik menerajui KPT berlaku di Masjid Negara Wilayah Persekutuan selepas habis menunaikan solat jumaat.
Pertemuan mesra ini berlangsung selama 15 minit dengan Presiden Gamis menbangkitkan beberapa perkara berkaitan isu pilihanraya kampus seperti isu pengundian secara elektronik (e-voting), isu ugutan dalam pilihanraya kampus dan lain-lain.Pada peringkat awalnya, Mustapha Muhamad kelihatan terkejut bilamana mendengar perkara-perkara yang diutarakan oleh Ahmad Tarmizi kepada beliau namun beliau mendengar dengan baik dan berjanji untuk menyiasatnya.
Terbukti dari pertemuan ini bahawa, mahasiswa mampu untuk bersemuka secara lansung dan bebicara dengan baik dengan pihak menteri.Namun, sebelum-sebelum ini bilamana setiap kali, mahsiswa mendesak untuk menemui pihak menteri, permintaan mahasiswa tidak dilayan dengan baik.Diharapkan pihak KPT selepas ini tidak takut untuk membenarkan mahasiwa berjumpa secara rasmi dengan Menteri KPT memandangkan sudah terbukti bahawa pihak mahasiswa bukannya golongan yang radikal yang hanya tahu berdemostrasi sahaja tanpa mampu untuk berbincang dan berdialog secara baik.
NILAI WANITA
NILAI WANITASeorang wanitaBukan batu di jalananBisa dikutip anak-anakDisepak dan ditendangTapi ianya batu berlianMenghiasi mahligai dan syurgaSeorang wanitaJuga bukan kupu-kupu malamYang mendiami bilik sempitBisa di kepit mana-mana jantanTapi ianya bidadari impianYang menemani insan TuhanPun seorang wanitaBukannya perwira di barisan hadapanBertempik suara menuntut kesamaanMembunuh sifat kewanitaanTapi...Ianya serikandi di barisan belakangMemberi perangsang dan doronganWanita ituBukannya objek pameranMenghiasi majalah dan iklanMembanjiri kota dan pekanMembuka aurat mendedahkan badanTapi...Ianya mutiara simpananUntuk tatapan suami yang merindukanWanita itu jugaAdalah isteri solehahPembimbing waris adam dan hawaPengasih dan setiaMahluk yang muliaPenentu nasib dunia
HARGA MINYAK NAIK... Rakyat Bantah

Kenaikan harga minyak 30 SEN mulai 28 Febuari 2006 menambahkan keyakinan penulis bahawa pihak kerajaan Malaysia di bawah rejim (UMNO/BN) langsung tidak prihatin dengan kebajikan rakyat. Penulis berasa masih belum terlewat untuk menontarkan analisis awal demi menyuntik kesedaran rakyat terhadap isu ini.
Sesetengah penganalisis ekonomi global melihat bahawa kenaikan harga runcit minyak di Malaysia berpunca oleh refleksi kenaikan paras harga petrol sedunia. Kali terakhir kenaikan takrif petrol sedunia pada tahun 2005 iaitu AS$ 67.29 juta perTong (sumber: IMF dan Bloomberg). Pada tahun 2004 dan 2003, kenaikan harga minyak turut berlaku iaitu masing-masing ialah AS$38.46 perTong dan AS$28.64 (sumber: Bloomberg; 26 Ogos 2005).
Pelajar demontrasi, solat hajat bantah ‘kebiadaban’ Denmark
Thu Feb 09, 06 07:11:25 PM
Oleh Rizal Tahir
KOTA BHARU, 9 Feb (Hrkh) – Kemarahan terhadap karikatur yang cuba mempersendakan Nabi Muhammad saw kini merebak ke sini, apabila ribuan pelajar berdemontrasi membantah kebiadaban akhbar di Denmark dan beberapa negara Barat.
Selain itu, pelajar Maahad Muhammadi Lelaki menunaikan solat hajat yang diimamkan pengetuanya, Ustaz Haji Rosli Ismail. Bendera Denmark, Israel dan Amerika Syarikat dibakar pada demontrasi secara aman di padang sekolah itu pagi tadi.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim mengajak rakyat di negara ini memboikot barangan keluaran Denmark dan mana-mana negara yang cuba mempersendakan Nabi Muhammad saw melalui karikatur.
Katanya, melalui cara itu boleh memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba menghina agama Islam. "Rakyat negara ini harus memboikot dan memulau barangan yang diimport dari Denmark atau pun mana-mana negara Eropah yang menyokong tindakan akhbar di Denmark.
"Apabila mereka menghina Nabi saw dengan kartun yang dilukis, secara tidak langsung mereka telah menghina agama Islam. Oleh yang demikian wajarlah kita bersatu menentang pihak yang cuba menghina Islam," katanya pada perhimpunan terbabit. Barangan yang dikeluarkan negara Denmark ditulis #57 pada 'bar code'. Manakala barangan Israel bernombor #729.
Beliau juga berkata, akhbar negara Barat mempunyai kecederungan bagi menggambarkan orang Islam sebagai ganas apabila mereka cuba membangkitkan perkara-perkara sensitif mengenai Islam.
Menurut beliau juga Malaysia sebagai pengerusi Negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mengambil tindakan segera bagi membantah perbuatan biadap akhbar di Denmark. “Ini kerana pemimpin negara dianggap tidak mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap Islam sehingga memberi ruang yang luas pihak Barat mempersendakan agama sendiri,” ujarnya.
Rosli berkata, demontrasi secara aman itu diadakan sebagai menggambarkan kepekaan yang tinggi pelajar-pelajar sekolah agama di negeri ini terhadap pihak yang cuba mempersendakan Nabi Muhammad saw.
Malah menurutnya, bantahan secara aman itu menggambarkan kepada dunia, Islam tidak sukakan kepada keganasan.
Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Lelaki, Aslahuddin Ashaari berkata, demonstrasi secara aman diadakan bagi menzahirkan bantahan terhadap tindak tanduk tidak bertamadun negara Barat. "Walaupun umat Islam ramai, tetapi hanya segelintir yang sedar dan sanggup menentang apa yang berlaku sekarang,” katanya.
moza vs uiam

KUALA LUMPUR, 7 Januari - Kes bersejarah di Malaysia membabitkan aktivis mahasiswa yang telah mencabar universitinya di mahkamah berkenaan peraturan pilihanraya, telah berhadapan situasi menghampakan apabila ditangguhkan pada 24 Februari 2005.Kira-kira 100 mahasiswa, NGO dan wakil media berkumpul di Mahkamah Tinggi pagi semalam sebagai menyatakan sokongan kepada Mozahiri Shamsudin, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang merupakan Plaintif bagi kes bersejarah ini. Jabatan Peguam Negara lewat bertindakMahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menangguhkan perbiacaraan rentetan daripada kegagalan Jabatan Peguam Negara menyerahkan hujahan bertulis yang sepatutnya diserahkan selewatnya 31 Disember tahun lalu. Wakil PEguam Negara, Suzana Atan bagaimanapun menyerahkan hujahan bertulis tersebut semalam iaitu pada hari perbicaraan. Tempoh tersebut sudah pun seminggu lewat melebihi tarikh akhir 31 Disember 2005."Pihak Jabatan Peguam Negara hanya menyerahkan hujahan bertulis dan bantahan pada vkami pagi tadi," kata Hanipa Maidin, Peguam Mozahiri mempertikaikan tindakan tidak profesional Jabatan Peguam Negara.Hakim tegus Jabatan Peguam NegaraPada ketika ini, Hakim Mahkamah Tinggi Wan Afrah Wan Ibrahim mengingatkan Suzana bahawa pihak Peguam Negara sepatutnya memfailkan hujahan bertulis mereka lebih awal agar pihak hakim dapat bersedia dengan kes tersebut.Bagaimanapun, Suzana berhujah dengan mengatakan tidak ada undang-undang menetapkan beliau untuk bertindak demikian. Dan menegaskan bahawa asas-asas bantahannya ke atas saman pihak Mozahiri adalah sama dengan asas-asas oleh pihak peguam UIAM.
Hanipa bagaimanapun menyatakan bahawa hujahan bertulis pihak peguam UIA sepatutnya hanya menjadi dokumen sokongan kepada hujahan bertulis Jabatan Peguam Negara. Pada September yang lalu, mahakamah telah membenarkan permohonan UIA untuk permohonan ex-parte.Setelah mendengar perhujahan dari kedua-dua pihak, Wan Afrah menangguhkan perbicaraan bagi membenarkan Hanipa dan rakan-rakan peguamnya masa mencukupi untuk meneliti bantahan Peguam Negara terhadap saman Mozahiri. Beliau menetapkan tarikh 24 Februari 2005.
Hanipa telah dibantu oleh peguam Mohd Fadzli Mohd Ramli dan peguam Abdullah Abdul Karim, manakala UIA diwakili oleh S Nantha Balan dan Norliza Rasool Khan. Pihak Peguam Negara pada perbicaraan yang lalu telah menyatakan kapada mahkamah cadangan mereka untuk membantah permohonan Mozahiri untuk semakan kehamikman (judicial review) terhadap peraturan pilihanraya UIA di atas asas bahawa peraturan yang dibuat oleh universiti adalah tidak boleh disemak oleh mahkamah (non-justiciable).
GOMBAK, 2 September - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sedang bertungkus lumus bersiap bagi menghadapi AGM yang bakal diadakan pada pertengahan September akan datang. MPPUIA merupakan satu-satunya MPP yang terbubar kabinet selepas diadakan AGM berbanding kampus lain yang melalui notis pilihanraya.Hampir setahun yang lalu, ramai yang telah mendakwa bahawa MPPUIA tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana didakwa melawan arus disebabkan imej 'pembangkang'. Namun, sehingga hari ini, MPPUIA adalah yang menonjol samada di persada nasional melalui dada-dada akhbar mahupun pada jiwa marhain UIA. Krew KN sewaktu meninjau pejabat MPPUIA terletak di tingkat 3 bangunan 'Student Activity Centre' melihat kebanyakan exco sedang sibuk menyiapkan laporan, kemaskini segala dokumen dan beberapa kelompok yang sedang berbincang mungkin memikirkan tindakan-tindakan akhir menjelang AGM.
19 September Tarikh AGM
Mengikut sumber terdekat daripada pegawai HEP UIA sendiri memaklumkan bahawa AGM MPPUIA bakal diadakan pada 19 September.Malah tambah beliau, kemungkinan beberapa isu hangat bakal dibahaskan iaitu kekuarangan program MPPUIA berbanding sesi-sesi yang lalu iaitu sewaktu zaman Muhtar Suhaili, Wan NAzrul Helmy, Fadzly Ramly, Ahmad Fadzli Yusof dan lain-lain.
"MPPUIA tak banyak program?"
Namun, rata-rata siswa-siswi menyatakan rasa puas hati mereka dengan prestasi MPPUIA di bawah kepimpinan Sdr. Zarifi Daud kerana walaupun menghadapi 1001 rintangan dan karenah birokrasi, namun MPPUIA tetap mengharunginya dengan tabah dan berjaya menampilkan alternatif-alternatif yang menunjukkan keprihatinan MPPUIA terhadap kebajikan pelajar di samping tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada warga Malaysia.Amir yang merupakan salah seorang teman rapat kepada Sdr. Zarifi berkata, "Zarifi sering menghadapi tekanan dalam melaksanakan tugasnya. Tetapi dia pernah berkata kepada saya, walau apa jua keadaan dia akan tetap mengutamakan lebih 5 ribu siswa-siswi yang memberi kepercayaan kepadanya dengan mengundi beliau daripada beberapa kerat 'manusia' yang berkepentingan.
UIAM diibaratkan bagai kubu terakhir kepada survival perjuangan mahasiswa setelah kesemua IPTA yang dominan seperti UKM, UPM, USM, UTM dan yang paling akhir UM jatuh di bawah cengkaman Rejim Aspirasi.Semoga MPPUIA akan terus diterajui oleh kumpulan yang amanah dengan tanggungjawab mereka, berpegang teguh kepada prinsip perjuagan dan tidak mudah rebah digugat cabaran. Semoga WUFI akan terus memimpin UIA.


SEMINAR ON HALAL PRODUCTS31-JULY-2005
EXPERIMENTAL HALL, IIUM